Saturday, August 22, 2009

SENYUMAN SIAPA PALING MENAWAN



Manis tak senyuman kambing ngan kucing ni.. He.. he.. Jangan marah !! Bukan apa.. Kita sebagai manusia kadang-kadang susah sangat nak berikan senyuman kepada sesama manusia. Tetapi kambing ngan meow ni, langsung tidak kedekut nak beri senyuman kepada kita. Mungkinkah Senyuman kambing ni memberi petanda kepada kita manusia di zaman sekarang susah nak senyum... :-) Jadi, murahkan senyuman anda... Sebanyak mana pun masalah kita jangan pamerkan pada wajah dan cuba memberi senyuman seikhlas mungkin. InsyaALLAH jalan keluar akan dapat kita temui. hehehe... Fikir-fikirkan

Friday, August 21, 2009

NUR RAMADHAN


Di dalamnya ada sinar,
Di dalamnya penuhkan dengan sabar,
Di dalamnya penuhkan tasbih dan zikir,
Di dalamnya juga ada Lailatul qadar.

Penantian penuh debar,
Apakah kita tidak sedar,
Banyak tazkirah sudah diwar-war,
Banyak pahala perlu dikejar,
Jangan takut dan usah gusar,
Syaitan ketakutan mengeletar,
Syaitan diikat dibawa ke dasar,
Marilah kita cegah yang munkar,
Masyarakat penyayang akan lahir,
Jadilah kita orang yang jujur,
Agar hidup tidak sukar,
Rezki datang dengan malar,
Wajib kita untuk bersyukur,
Takbir.

Bila Ramadhan semakin berakhir,
Syahwal pula semakin hampir,
Di aidil fitri kita bertamu.

BIDADARI BERHIAS SAMBUT RAMADHAN

DARIPADA Anas, katanya, Nabi Muhammad saw bersabda bermaksud: “Tiada daripada seorang hamba apabila melihat sehari Ramadan, lantas dia memuji Allah (kerana kedatangan bulan rahmat dengan kelebihan dan keistimewaannya). Kemudian dibacanya al-Fatihah tujuh kali, melainkan di'afiatkan Allah daripada sakit matanya pada bulan itu.”
Berkata pula Saidina Ali bahawa Rasulullah bersabda: ”Apabila engkau melihat sehari Ramadan, maka bacalah olehmu ’Allahu Akbar’ tiga kali kemudian bacalah: “Segala kepujian bagi Allah yang menjadikan aku dan engkau dan menentukan bagi engkau pangkat (darjat) dan menjadikan engkau tanda (kekuasaan-Nya) bagi sekalian alam” atau bacakan: “Ya Allah! zahirlah Ramadan atas kami dengan keamanan dan keimanan dan dengan keselamatan dan keIslaman, Tuhanku dan Tuhan engkau, Allah”
Bersabda Nabi bahawa: “Bahawa syurga berlenggang-lenggang dan berhias dari setahun ke setahun kerana masuknya Ramadan.
“Pada awal malam Ramadan bertiup angin di bawah Arasy dan bergerak daun kayu dengan lemah longlainya ke dalam syurga, terdengar desiran daun kayu, hembusan sang bayu syurga yang amat indah, seni rentak lagunya menawan seluruh perasaan nurani, maka berhias bidadari sekaliannya hingga berdiri di atas puncak mercu syurga itu.
Lantas bersuaralah bidadari: “Adakah orang yang hendak meminang kami kepada Allah.” Kata bidadari lagi: “Apakah malam ini namanya?” Jawab Malik Ridwan: “Hai bidadari yang cantik manis, inilah malam awal Ramadan.” Lalu Allah berfirman: “Hai Ridwan, bukalah pintu syurga Babuljannah untuk orang yang berpuasa daripada umat Muhammad.
“Hai Malik Zabaniah, tutuplah pintu neraka Al-Jahim daripada umat Muhammad. Hai Jibril belenggukan syaitan, lontarkannya ke dalam lautan supaya tidak membinasakan umat Muhammad akan puasanya. Maka, berfirman Allah pada tiap-tiap malam Ramadan tiga kali: “Adakah orang yang meminta ampun? Akan Aku ampunkannya.”

DIA DATANG LAGI


SALAM RAMADHAN…
Alhamdulillah dapat lagi merasa puasa pada tahun ini. Syukur kepada Allah di atas rahmat dan kasih sayang yang dilimpahkanNya. Teringat masa kecil-kecil dulu. Bila puasa je mula la gelisah sebab malas nak puasa. Hehehe. Yang paling best, buat-buat muka seposen. Kasi mak rasa kesian. Akhirnya dapat la berbuka akhirnya. Tapi bila dah besar ni, rasa insaf tu menyelinap dalam diri. Betapa besar nikmat yang Allah berikan kepada umatnya pada bulan yang penuh berkat ini. Tahun ni tak dapat nak menyambut awal Ramadan dengan keluarga tercinta di tanah kelahiran tercinta. Sedihnya. Aku cuba curi kesempatan untuk menelefon mama tersayang untuk ucapkan selamat berpuasa. Sebelum pergi solat terawih sempat aku sms mama, abah, kakak dan adik-adik ucapkannya sekali lagi. Apabila aku terima sms dari mama yang berbunyi “terima kasih syg. Make sahur dgn apo kare. Jage make tuh. Duit ado lagi ko?’’ air mataku begitu laju turun dari tingkap mata. Betapa besarnya kasih ibu pada anaknya. Terima kasih mama. SALAM RAMADHAN BUAT SEMUA KAUM MUSLIMIN MUSLIMAT YANG DIRAHMATI ALLAH SEKALIAN…

BICARA BUAT KASIH YANG TERISTIMEWA


Ku tuliskan bicara ini
Tika senja menyisih pergi
Melakarkan rasa hati
Dalam sehelai kertas putih
Bicara tanpa suara
Lahir dari jiwa
Yang sering merintih
Beban rindu menagih
Kasih dari seorang kekasih
Bicara kasih buat yang teristimewa
Cuba ku sampaikan dalam tarian pena
Menganyam sebaris dua kata
Menyimpul sehelai dua bicara
Agar bisa dirasa
Ada jiwa yang sedang tersiksa
Bilakan reda rasa resah
Andai jiwa sedang gulana
Menangis tanpa air mata
Merindu tanpa makna
Semuanya sia-sia... ... ...

INGAT...
CINTA SUCI MENARIK NUR ILAHI...

LUKA



Ku cuba lelapkan mata
harapanku pabila dibuka nanti
tiada lagidunia yang bergoncang hebat
langit yang mendung serta
hujan yang jatuh menyembah
bumi tanpa henti...
jiwa yang penuh dengan
calar-balas warna kehidupan
warna yang bisa buat
kulemas dalam kerinduan dan penderitaan...
ku cuba lelapkan mata impianku agar
ia tidak bisa dibuka lagi
tidak!
memang amalanku belum mencukupi
banyak dosa belum terampun
banyak hati yang masih terguris
banyak hutang yang belum dibayar
tapi....
aku benci hidup seperti ini
lemas aku dalam lombong kasih sayang
tercalar badanku dek ketajaman parang kecemburuan
melecur kulitku akibat api kerinduan
bertaburan gigiku pabila
aku tersembam di bumi dendam...
ku cuba lelapkan mata
tetapi tidak bisa
lalu aku membukanya
untuk menghadapi segalanya...